Make your own free website on Tripod.com

Malaysia Islah

Home
About Me
Favorite Links
Contact Me
Family Photo Album
My Pets
Vacation Photo Album
My Resume
New Page Title

Malaysia Islah

بسم الله الرحمن الرحيم
ان الحمد لله نحمده و نستينه و نستغفره ونعوذ بلله من شرور انفسناو سيئات اعمالنا من يهده الله فلأ مضلً له ومن يضلل فلأ هادي له و اشهد ان لأ اله الأ الله وحده لاشريك له
واشهد ان محمدا عبده و رسوله
أما بعد

Revolusi atau dalam bahasa arabnya dikenali sebagai "Islah" atau "Tajdid" . Sesungguhnya Revolusi atau Islah merupakan satu keperluan buat masyarakat Malaysia masa kini yang semakin durjana dilanda pelbagai masalah...Bahkan dunia amnya kini menanti kelahiran mujaddid atau muslih yang akan mengembalikan masyarakat kepada kebenaran, keadilan dan kebaikan.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abi Daud dalam kitab Sunnannya, terdapat hadith yang membicarakan soal tajdid (revolusi/ islah) yang diriwayatkan dari Sulaiman ibn Daud diceritakan oleh Ibn Wahab dikisahkan oleh Sa'id ibn Ayub dari Syarahil ibn Yazid Ma'afiri dari ibn al-qamah dari Abu Hurairah dari Nabi salallahualaihiwassalam telah bersabda :

" Sesungguhnya Allah pasti akan membangkitkan bagi umat ini setiap awal seratus tahun seorang (sesetenggah para ulama' hadith menafsirkan sebagai segolongan) yang akan memperbaharui( para ulama' menafsirkan memperbaharui bukanlah bermakna membuat ajaran baru sebaliknya memperbaiki dan memulihkan agama ini seperti awal-awal yang dibawa oleh rasulullah salallahualaihi wassalam sehingga seolah baru) urusan agama ini." (hadith no. 4291-sahih).

Sesungguhnya revolusi dan pembaharuan yang dimaksudkan oleh Sunnah dan Islam ialah pembaharuan dan revolusi kepada pembersihan ummah dari kekotoran dan kejahilan dan juga kedurjanaan. Sesungguhnya Ummah memerlukan pembersihan dari

Penyelewengan - (penyelewengan Aqidah, ibadah, muamalah dan lain-lain hal agama dari sumber yang benar sehingga Islam hari ini sungguh telah banyak menyimpang dari apa yang dibawa oleh Rasulullah salallahualahiwasalam).

pembersihan dari bid;ah (perkara-perkara baru yang tiada asal dalam agama tapi dijadikan sebagai perkara agama) pembersihan dan pembaharuan dari sudut fikrah (pemahaman terhadap konsep-konsep agama yang jauh menyimpang dari pemahaman para ulama' , para gologan salaf soleh terdahulu)'.


Maka wajarlah para ummah sekalian mempelajari ilmu-ilmu Islam yang sahih atas manhaj yang sahih dan melalui sumber serta jalan yang sahih untuk membawa perubahan yang benar dan sahih moga menuju kepada redha Allah swt.

        لا يزال ناس من أمتي ظاهرين علي الحقِ حتى يأتي أمر الله وهم ظاهرون

 ( Tidak akan hilang segolongan dari umat-ku yang akan tetap zahir di atas kebenaran sehinggalah datang ketentuan Allah swt dan mereka akan tetap demikian zahir di atas kebenaran ) riwayat bukhari (no.3640) dan Muslim (no. 1921) dari riwayat Mughirah ibn Syu'bah.

PERINGATAN !!!

" Sesungguhnya laman web ini dibuat demi kemanfaatan umat islam keseluruhannya semoga para pembaca dapat menilai dan mengambil iktibar darinya walaupun terdapat kenyataan yang menyinggung beberapa pihak."


 3 / Ramadhan / 1425  - Jamiah Iman Yaman (San'a )

Please do your visit as pleasure, pray a lot for our Ummah !!!